Dah sekian lama aku kerja menulis dalam bahasa Inggeris tapi aku fikir bahasa ibunda lebih baik. Menulis dalam bahasa Inggeris ni banyak “copy” & “paste” saja. Tak de original. Kalau tulis dalam bahasa Melayu lagi senang keluarkan idea dan melalut.
Ini sebenarnya nak bawa kepada isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dicanangkan oleh sesetengah pihak untuk kononnya menguasai bahasa Inggeris. Aku dari dulu tak setuju. Dah banyak alasan dan komen diberi yang menunjukkan PPSMI ni memang tak bagus. Cuma hari ni aku nak tulis dari sudut yang lain.
Sebenarnya pada aku ini masalah orang Malaysia sendiri yang malas menulis menyebabkan tak banyak ilmu dalam bahasa Melayu. Aku dah dekat setahun lebih menyumbang untuk Wikipedia Bahasa Melayu (MS Wiki), tapi tengoklah berapa banyak entri berbanding dengan Wikipedia Indonesia misalnya yang dah cecah 100,000. MS Wiki sekarang hanya 41,472 dan kebanyakan topik yang ditulis mengenai tokoh politik. Nampak sangat orang kita ni gila pasal politik agaknya?
Aku masih berpendapat kalau budak-budak sekolah dipaksakan belajar ilmu sains dan matematik dalam bahasa Inggeris akan merebaklah budaya “copy” & “paste” dan bukan budaya mencipta.