Masa SPM dulu aku ambil subjek Kesusasteraan Melayu dan aliran sastera. Orang cakap aliran sastera ni semuanya pelajar yang lembab dan kena rejeck dari aliran sains. Padahal aku dulu masuk aliran sastera walaupun SRP dapat semua A1 dan hanya dua subjek dapat A2 iaitu Bahasa Melayu dan Sains. Hari ni, aku berbangga kerana dengan pengetahuan Kesusasteraan Melayu aku tu dapat banyak membantu kerja aku. Ini termasuklah dalam bidang penulisan dan penterjemahan sama ada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Belajar subjek sastera membuat kita lebih kreatif dalam menulis ayat dan lebih berfikir. Akhir-akhir ni aku banyak buat kerja penterjemahan dan segala ilmu yang dipelajari digunakan sepenuhnya. Siapa kata bidang sastera ni tidak menguntungkan? Seni kreatif dan sastera Rasanya antara tulisan paling teruja yang aku baca pasal kepentingan pembelajaran sastera adalah dari Dr Anwar Ridwan sendiri. Dalam tulisannya , Dr Anwar memperkatakan kegagalan untuk mengekspoitasi subjek sastera bagi menjana industri kreatif yang bernilai RM6 bilion. Banyak isu yang dibangkitkan termasuk guru sastera yang bukan ahli serta teks sastera yang digunakan di sekolah bukan daripada karya yang bermutu tinggi. Aku nak komen pasal dua isu seperti yang disebutkan di atas. Pasal guru tu rasanya ada juga betul. Tapi nasib baik masa aku belajar dulu, guru tu memang guru sastera, rasanyalah sebab pemahaman dia memang baik. Tapi itu sekolah aku, sekolah berasrama penuh. Kalau sekolah lain tak tahulah. Pasal teks tu memang sangat betul sebab seingat aku, kami hanya membaca satu novel karya IMAM karya SN Datuk Abdullah Hussain. Tapi malangnya masa belajar tu, guru tak tekankan siapa Datuk Abdullah Hussain ni, jadi novel tu macam tak de kesan sangat kat aku. Aku rasa banyak benda terutamanya hasil karya kalau kita tahu sejarah asal usulnya dan siapa penulisnya, kita akan lebih menghayati. Itu saja komen hari ni setelah lama tak berblog.